Thursday, 22 December 2011

Kecergasan Fizikal dan BolaSepak

Mukadimah

Bolasepak kelihatan seperti mudah untuk dilakukan dan dimainkan,tetapi hanya pemain-pemain yang bestatus profesional sahaja yang mampu utuk membuatkan permainan tersebut kelihatan seperti mudah. Jika kita sendiri yang mencubanya,belum tentu kita mampu membuatkannya kelihatan mudah untuk dimainkan di atas padang. Mengapa dikatakan sedemikian? Ini jawapannya....

Kecergasan fizikal yang terdiri daripada kecergasan kesihatan dan kecergasan lakuan motor berkait rapat dengan pelbagai sukan tetapi kami ingin mengaitkannya dengan sukan bolasepak. Ini kerana kesemua elemen kecergasan fizikal tersebut boleh didapati di dalam individu yang terlibat dalam sukan yang sangat cantik ini.


Kecergasan Kesihatan dan Bolasepak 
Pertama,kecergasan kesihatan yang mempunyai elemen-elemen seperti komposisi badan,daya tahan kardiovaskular,fleksibiliti,daya tahan otot dan kekuatan otot, sangat diperlukan oleh seorang pemain bolasepak. Ini untuk membuatkan mereka mampu beraksi dengan cergas sepanjang 90 minit permainan.
Pasukan-pasukan bolasepak di Eropah amat menitikberatkan kecergasan beraksi sepanjang permainan terhadap pemainnya kerana dengan itu boleh menentukan kemenangan dan kekalahan di dalam sesuatu perlawanan. Sebagai contohnya, kelab-kelab bolasepak di Liga England yang bermain dengan corak fizikal amat mementingkan elemen-elemen ini kerana corak fizikal yang dikatakan tersebut adalah bermain dengan corak pantas dan kasar selama 90 minit. Berlainan dengan corak permainan di Liga Sepanyol dan Liga Itali yang lebih mementingkan strategi dan kemahiran dan Liga Itali pula terkenal dengan corak permainan kasar tetapi bukan permainan pantas.


Liga England/Inggeris yang bermain corak dan pantas tersebut mementingkan kecergasan fizikal (kesihatan) kerana corak mereka itu sendiri. Jika tidak mempunyai elemen-elemen tersebut corak permainan mereka tidak akan menjadi dan boleh dikatakan terganggu. Selain itu,mereka juga akan mudah cedera jika elemen-elemen tersebut tidak wujud di dalam diri mereka. 

Gareth Bale dan Elemen Kecergasan
Pemain-pemain di bahagian 'left and right midfielder' di Liga Inggeris amat memerlukan elemen-elemen ini kerana mereka perlu naik ke atas untuk menyerang dan turun ke bawah untuk bertahan. Mampukah mereka bertahan selama 90 minit permainan jika tidak mempunyai daya tahan otot,daya tahan kardiovaskular, dan kekuatan otot yang tinggi?Jawapannya pasti tidak. Lihat sahaja pemain kelab Tottenham Hotspurs iaitu Gareth Bale yang mempunyai elemen-elemen itu bermain di padang. Anda boleh berfikir dan berkata 'he is human or alien'? Ini kerana Gareth Bale sentiasa membuat larian pantas untuk menyerang dan bertahan dari awal hingga hujung permainan. Selain itu,kecederaan biasa seperti 'hamstring,fatigue' jarang berlaku terhadap Gareth Bale kerana dia sentiasa cergas melainkan kecederaan yang diakibatkan oleh terjahan kasar. Susuk badan Gareth Bale yang tinggi (1.83m) dan besar juga melambangkan bahawa komposisi badannya amat bagus. Oleh kerana itu dia mampu menjadi pemain yang berjaya dan ditakuti oleh pihak lawan lain di Liga Inggeris. Selain itu terdapat juga pemain-pemain lain yang mempunyai elemen-elemen ini sebagai contohnya,Wayne Rooney dan Antonio Valencia (Manchester United),Cristiano Ronaldo (Real Madrid), dan lain-lain. Walaubagaimanapun,hakikatnya,semua pemain memerlukan elemen-elemen ini untuk menjadi seorang pemain bolasepak yang berjaya. Jika tidak,usahla anda bermimpi.
   
    Gareth Bale