Saturday, 17 December 2011

APA ITU KECERGASAN?

Pengenalan


  • Perkataan kecergasan atau 'fitness' berkait rapat dengan sukan. 
  • Kecergasan mempunyai makna yang pelbagai kepada orang ramai.
  • Jurulatih sukan seharusnya memahami konsep kecergasan kerana kecergasan adalah kunci kejayaan kepada atlet.
  • Kecergasan biasanya mempengaruhi kemahiran,keyakinan dan prestasi keseluruhan atlet.
  •  
      Konsep Kecergasan Menyeluruh
  • Menurut Haji Gapor (2007),kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan melakukan sesuatu dengan sempurna dan melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal. Kecergasan secara total boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberikan sumbangan dan perkhidmatan terbaik. Kecergasan menyeluruh adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal, dan rohani. setiap satu saling bantu membantu. Jika satu terganggu maka yang lain akan terjejas dan prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan.
  • Berikut adalah aspek-aspek kecergasan :

(a) Kecergasan Fizikal 
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. 

(b) Kecergasan Mental
Kecergasan Mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian dan berfungsi secara optimal.

(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dengan hubungan ini.

(d) Kecergasan Emosi
Kecergasan emosi adalah keupayaan individu untuk menangani kehidupan seharian serta perasaan kendiri secara proaktif dan optimistik.

(e) Kecergasan Rohani
Keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.  

No comments:

Post a Comment