Saturday, 17 December 2011

KECERGASAN FIZIKAL : PERLAKUAN MOTOR

     PENGENALAN

  • Komponen-komponen kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri daripada:
  1. Koordinasi 
  2. Imbangan
  3. Ketangkasan
  4. Kuasa/daya
  5. Masa tindak balas 
  6. Kepantasan/kelajuan

  • Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang bersabit dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu geraklaku yang efisyen serta meringankan bebanan yang mungkin akan ketika anda giat mengerjakan aktiviti yang lebih dari lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-benda yang berat.
  •  Kemampuan motor dapat membantu dalam pencapaian kecergasan (total fitness). Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan komponen perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman-senaman kalistenik yang dikerjakan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.

     Faktor-faktor  yang mempengaruhi kecergasan anda

      Baka
  • Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri. Boleh dikatakan baka menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu. Oleh itu, kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu.

      Alam sekitar
  • Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar dapat mempengaruhi status kesihatan individu. Alam sekitar juga dikatakan berperanan penting dalam menyekat perkembangan positif kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada jauh ari kesibukan bandar akan merasai kenikmatan udara nyaman ketika berada di alam sekitar yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan di paras tinggi dimana udara serta iklimnya sejuk. Keadaan seperti ini secara tidak disedari dapat memberi sumbangan yang menggalakkan kepada perkembangan aktiviti-aktiviti fizikal.

      Tingkahlaku
  • Tingkah laku manusia itu dapat menentukan ke arah manakah ia akan menuju. Sekiranya kecergasan fizikal yang optima yang dihajatkan maka tingkahlaku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. 
  • Seseorang itu walaupun berada di dalam suasana dan alam sekitar yang baik dan status baka yang sempurna tetapi disebabkan tingkahlaku (perangai) yang negatif (tidak wajar) maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan sentiasa dalam keadaan yang kurang sihat dan kerap mengalami tekanan hidup yang berterusan seperti tekanan emosi, sosial, fizikal, mental yang akan melemahkan kecergasan diri.
  • Berikut ialah beberapa komponen berdasarkan kecergasan motor:
1.    Koordinasi
2.    Imbangan
3.    Kuasa
4.    ketangkasan
5.    Masa tindak balas
6.    Kelajuan
      Koordinasi
  • Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota-anggota badan.
  •  Merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.
  • Kemampuan/kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki.
  • Paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja/lakuan itu lancar/licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperolehi suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.

       Imbangan
  • Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan.
  •  Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

      Kuasa
  • Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengejut/explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.
  • Ia adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.


      Ketangkasan
  • Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.
  • Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

      Masa tindak balas
  • Merupakan satu jangkamasa yang diambil untuk bergerak bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
  • Masa tindak balas selalunya dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.

       Kelajuan (kepantasan)
  • Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dn masa bergerak.
  • Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.

                  Jarak langkah x kekerapan melangkah = kelajuan 

  • Ikon Yang Mempunyai Kecergasan Dalam Semua Aspek Lakuan Motor

3 comments: