Thursday, 22 December 2011

Kecergasan Fizikal dan BolaSepak

Mukadimah

Bolasepak kelihatan seperti mudah untuk dilakukan dan dimainkan,tetapi hanya pemain-pemain yang bestatus profesional sahaja yang mampu utuk membuatkan permainan tersebut kelihatan seperti mudah. Jika kita sendiri yang mencubanya,belum tentu kita mampu membuatkannya kelihatan mudah untuk dimainkan di atas padang. Mengapa dikatakan sedemikian? Ini jawapannya....

Kecergasan fizikal yang terdiri daripada kecergasan kesihatan dan kecergasan lakuan motor berkait rapat dengan pelbagai sukan tetapi kami ingin mengaitkannya dengan sukan bolasepak. Ini kerana kesemua elemen kecergasan fizikal tersebut boleh didapati di dalam individu yang terlibat dalam sukan yang sangat cantik ini.


Kecergasan Kesihatan dan Bolasepak 
Pertama,kecergasan kesihatan yang mempunyai elemen-elemen seperti komposisi badan,daya tahan kardiovaskular,fleksibiliti,daya tahan otot dan kekuatan otot, sangat diperlukan oleh seorang pemain bolasepak. Ini untuk membuatkan mereka mampu beraksi dengan cergas sepanjang 90 minit permainan.
Pasukan-pasukan bolasepak di Eropah amat menitikberatkan kecergasan beraksi sepanjang permainan terhadap pemainnya kerana dengan itu boleh menentukan kemenangan dan kekalahan di dalam sesuatu perlawanan. Sebagai contohnya, kelab-kelab bolasepak di Liga England yang bermain dengan corak fizikal amat mementingkan elemen-elemen ini kerana corak fizikal yang dikatakan tersebut adalah bermain dengan corak pantas dan kasar selama 90 minit. Berlainan dengan corak permainan di Liga Sepanyol dan Liga Itali yang lebih mementingkan strategi dan kemahiran dan Liga Itali pula terkenal dengan corak permainan kasar tetapi bukan permainan pantas.


Liga England/Inggeris yang bermain corak dan pantas tersebut mementingkan kecergasan fizikal (kesihatan) kerana corak mereka itu sendiri. Jika tidak mempunyai elemen-elemen tersebut corak permainan mereka tidak akan menjadi dan boleh dikatakan terganggu. Selain itu,mereka juga akan mudah cedera jika elemen-elemen tersebut tidak wujud di dalam diri mereka. 

Gareth Bale dan Elemen Kecergasan
Pemain-pemain di bahagian 'left and right midfielder' di Liga Inggeris amat memerlukan elemen-elemen ini kerana mereka perlu naik ke atas untuk menyerang dan turun ke bawah untuk bertahan. Mampukah mereka bertahan selama 90 minit permainan jika tidak mempunyai daya tahan otot,daya tahan kardiovaskular, dan kekuatan otot yang tinggi?Jawapannya pasti tidak. Lihat sahaja pemain kelab Tottenham Hotspurs iaitu Gareth Bale yang mempunyai elemen-elemen itu bermain di padang. Anda boleh berfikir dan berkata 'he is human or alien'? Ini kerana Gareth Bale sentiasa membuat larian pantas untuk menyerang dan bertahan dari awal hingga hujung permainan. Selain itu,kecederaan biasa seperti 'hamstring,fatigue' jarang berlaku terhadap Gareth Bale kerana dia sentiasa cergas melainkan kecederaan yang diakibatkan oleh terjahan kasar. Susuk badan Gareth Bale yang tinggi (1.83m) dan besar juga melambangkan bahawa komposisi badannya amat bagus. Oleh kerana itu dia mampu menjadi pemain yang berjaya dan ditakuti oleh pihak lawan lain di Liga Inggeris. Selain itu terdapat juga pemain-pemain lain yang mempunyai elemen-elemen ini sebagai contohnya,Wayne Rooney dan Antonio Valencia (Manchester United),Cristiano Ronaldo (Real Madrid), dan lain-lain. Walaubagaimanapun,hakikatnya,semua pemain memerlukan elemen-elemen ini untuk menjadi seorang pemain bolasepak yang berjaya. Jika tidak,usahla anda bermimpi.
   
    Gareth Bale





Sunday, 18 December 2011

'Story of A True Legend'

Diego Maradona
(Argentina)



 


'he is tiny, catch him if you can'



Diego Armando Maradona is by many regarded as the greatest player in the history of the game. He was born on October 30th 1960 in Lanus outside Buenos Aires. There he played for Los Cebollitos (The little onions), before he joined Argentinos Juniors. At 16 he was Argentina's youngest-ever international when he played against Hungary. Two years later he captained the World Youth Cup winners and was soon transferred to Boca Juniors for £1.000.000. The success continued and he was voted South American Player Of The Year in 1979 and 1980. 
 
In 1982 Maradona joined Spanish giants Barcelona for a world record transfer fee of £5.000.000. The same year the World Cup was held in Spain and Maradona made his World Cup debut on his new homeground Estadio Nou Camp. The tournament didn't end as Maradona had hoped and he was sent off against Brazil in the second phase, as Argentina bowed out. 
 
In his first season for "Barca" he helped them win the league, leaguecup and the Super Cup. Two years later, another world record fee of £6.900.000 took him to success-starved Napoli, and in 1987 they won a league and cup double. A year earlier he had captained Argentina to a second World Cup triumph. It was a World Cup that forever will be synonymous with Maradona. He scored 5 goals in that tournament, including two against England. Both are among the most controversal in World Cup history. The first was the infamous "Hand of God" and the second probably the greatest goal ever scored in a World Cup game, as he ran from his own half showing magic displays and leaving seven English players for dead.
 
Success continued with Napoli as he again steered them to a leaguetitle and in 1989 even a triumph in the UEFA cup. In 1990 the World Cup was held in Italy and Maradona captained Argentina to yet another final. The Germans were once again the opponents and this time they proved too strong for the Argentinians. That loss was to be the beginning of the end for Maradona. Two drug scandals have created black spots on his name and reputation. Several come-backs have been tried since 1991 and after helping Argentina qualifying for the 1994 World Cup in USA, Maradona looked fit for fight again. A marvellous goal against Greece in the first match gave proves for that. 
 
But in the next game against Nigeria he was caught for drug abuse, and the World Cup story of Diego Armando Maradona got a sad ending. That match meant that Maradona equalled the record of matches played in the World Cup of 21, held by Uwe Seeler and Wladislav Zmuda (Later beaten by Lothar Matthäus). Maradona retired from international football after that with a gallery of good and bad memories. But he is by neutral football lovers regarded alongside Pelé as the greatest player of them all.



The Greatest Goal ever produce in World Cup history

Close Up 'World Best Player at The Moment'

 

Full name : Lionel Andrés Messi
Date of birth : 24 June 1987 (age 24)(1987-06-24)
Place of birth : Rosario,Argentina
Height : 1.69 m (5 ft 6 12 in)
Playing position : Striker
 Current club       : Barcelona

Lionel Messi is the heir apparent to the throne left vacant by Diego Armando Maradona. The waters are divided between those who consider him to be far from being the best No. 10, and those who believe that Messi will be even better than Maradona. Born in Rosario, he cut his teeth in the youth ranks of Newell's Old Boys, until a hormonal problem that affected his growth changed the plans of his family and, of course, his personal future. 

Facing expensive treatment for their son, Messi's parents moved to Spain as Newell's were not able to afford the medical costs related to his condition, and even the wealthiest Argentine teams, such as River Plate, refused to foot the bill. After his first trial with Barcelona, the Catalan coaches had no doubts. They decided to sign Messi and pay for his medical treatment. His growth was noticeable within Barca, and in little time he came to be considered one of the great talents at the club.

He made his debut in the first division in October 2004, against Espanyol, and Barcelona have since adopted him as one of their greatest idols. His first championship would come in the Liga season of 2004-05. Since then, and playing a more prominent role every season, he has won every major club trophy at Camp Nou - including a stunning haul of six in 2008-09 - and claimed the World Player of the Year award twice in two years, leaving many in little 
doubt as to the fact that Messi is the best player of his generation.

Strengths: His ball skills are second to none, his runs from midfield are usually lethal and he is almost impossible to tackle when he gets his head down. His balance when running at speed is incredible.

Weaknesses: Too often he searches for a way to finish moves by himself without looking for team-mates in a better position to shoot at goal.  

Career high: Winning the 2009 and 2010 World Player of the Year awards. 

Career low: He was unable to perform to his best in the 2006 World Cup in Germany, where Argentina were eliminated in the quarter-finals with Messi looking on from the bench.  

Style: Quick, incisive, balanced, a stylish runner with the ball.  

Quotes: "Messi is my Maradona," said Maradona himself, as the head coach of the Argentine national team.  

 
This video show 'What is Messi capable of ' through motor skills

Saturday, 17 December 2011

KECERGASAN FIZIKAL : PERLAKUAN MOTOR

     PENGENALAN

  • Komponen-komponen kecergasan dalam aspek perlakuan motor terdiri daripada:
  1. Koordinasi 
  2. Imbangan
  3. Ketangkasan
  4. Kuasa/daya
  5. Masa tindak balas 
  6. Kepantasan/kelajuan

  • Aspek perlakuan motor dapat membantu dalam hal-hal yang bersabit dengan gerak kerja fizikal yang spesifik. Meningkatkan tahap kemahiran tersebut dapat menghasilkan satu geraklaku yang efisyen serta meringankan bebanan yang mungkin akan ketika anda giat mengerjakan aktiviti yang lebih dari lakuan kebiasaan seperti mengangkat benda-benda yang berat.
  •  Kemampuan motor dapat membantu dalam pencapaian kecergasan (total fitness). Latihan yang mengandungi aktiviti untuk memperkayakan komponen perlakuan motor ini seperti berlari, lompat selang-seli dan senaman-senaman kalistenik yang dikerjakan secara berterusan dapat melahirkan tubuh badan yang kuat dan sihat.

     Faktor-faktor  yang mempengaruhi kecergasan anda

      Baka
  • Setiap manusia dilahirkan dengan kekuatan serta kelemahan tersendiri yang saling mempengaruhi saiz tubuh badan, kepandaian dan personaliti kendiri. Boleh dikatakan baka menentukan limitasi potensi kepada seseorang itu. Oleh itu, kecergasan fisiologi manusia hendaklah dibuat bersesuaian dengan keupayaan dan kebolehan fizikal individu itu.

      Alam sekitar
  • Banyak kajian telah menyatakan bahawa alam sekitar dapat mempengaruhi status kesihatan individu. Alam sekitar juga dikatakan berperanan penting dalam menyekat perkembangan positif kendiri. Sebagai contoh, seseorang yang berada jauh ari kesibukan bandar akan merasai kenikmatan udara nyaman ketika berada di alam sekitar yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan hijau dan di paras tinggi dimana udara serta iklimnya sejuk. Keadaan seperti ini secara tidak disedari dapat memberi sumbangan yang menggalakkan kepada perkembangan aktiviti-aktiviti fizikal.

      Tingkahlaku
  • Tingkah laku manusia itu dapat menentukan ke arah manakah ia akan menuju. Sekiranya kecergasan fizikal yang optima yang dihajatkan maka tingkahlaku yang positif terhadap pembinaan kecergasan fizikal itu harus diutamakan. 
  • Seseorang itu walaupun berada di dalam suasana dan alam sekitar yang baik dan status baka yang sempurna tetapi disebabkan tingkahlaku (perangai) yang negatif (tidak wajar) maka kecergasan fizikalnya akan terganggu. Ia akan sentiasa dalam keadaan yang kurang sihat dan kerap mengalami tekanan hidup yang berterusan seperti tekanan emosi, sosial, fizikal, mental yang akan melemahkan kecergasan diri.
  • Berikut ialah beberapa komponen berdasarkan kecergasan motor:
1.    Koordinasi
2.    Imbangan
3.    Kuasa
4.    ketangkasan
5.    Masa tindak balas
6.    Kelajuan
      Koordinasi
  • Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota-anggota badan.
  •  Merupakan paduan di antara berbagai-bagai kebolehan yang disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.
  • Kemampuan/kebolehan menggunakan pancaindera bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki.
  • Paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu kerja/lakuan itu lancar/licin atau keupayaan menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperolehi suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.

       Imbangan
  • Imbangan ialah kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokongnya diubahkan.
  •  Kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau dalam keadaan diam.

      Kuasa
  • Kuasa adalah kombinasi kekuatan otot dan kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu pergerakan pantas (mengejut/explosive) yang kuat dalam jangkamasa yang singkat dengan kecekapan yang tinggi.
  • Ia adalah hasil kuncupan otot yang kuat dalam jangkamasa yang singkat ianya merupakan gabungan antara kekuatan otot dan kepantasan kuncupan otot.


      Ketangkasan
  • Kebolehan seseorang melakukan pergerakan-pergerakan berturutan ke sesuatu arah yang berbeza seberapa cekap dan pantas yang boleh.
  • Kebolehan menukar kedudukan di ruang tertentu secara kemas dan mudah.

      Masa tindak balas
  • Merupakan satu jangkamasa yang diambil untuk bergerak bertindak selepas menerima rangsangan untuk berbuat demikian.
  • Masa tindak balas selalunya dikaitkan dengan faktor ketangkasan. Kebolehan dan keupayaan seseorang itu bertindak dengan secepat mungkin dapat membantunya dalam situasi permainan dan dalam masa kecemasan dari segi menyelamatkan diri.

       Kelajuan (kepantasan)
  • Kebolehan individu melakukan pergerakan berturut-turut dengan pantas dalam masa yang singkat mengikut suatu arah. Kelajuan individu berkait rapat dengan masa tindak balas dn masa bergerak.
  • Kelajuan ditentukan hasil jarak langkah dan kekerapan melangkah.

                  Jarak langkah x kekerapan melangkah = kelajuan 

  • Ikon Yang Mempunyai Kecergasan Dalam Semua Aspek Lakuan Motor

KECERGASAN FIZIKAL : KESIHATAN

     PENGENALAN 

  • Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. Kecergasan fizikal dikaitkan dengan keupayaan individu untuk bekerja dengan lebih efektif dan menikmati masa kesenggangan, rehat, menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan. Kecergasan fizikal yang optimal tidak mungkin dicapai tanpa senaman yang berterusan.
  •    Kecergasan fizikal dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu kecergasan berasaskan kesihatan dan kecergasan berasaskan lakuan motor.  Hal ini dapat dijelaskan secara lebih lanjut melalui rajah di bawah.
     


    KOMPONEN-KOMPONEN KECERGASAN BERASASKAN KESIHATAN
  • Seseorang yang cergas perlu sekurang-kurangnya memperoleh tahap kecergasan yang sederhana dalam setiap daripada lima komponen kecergasan berasaskan kesihatan. Komponen tersebut adalah :
  1. Komposisi Badan
  2.  Daya Tahan Kardiovaskular
  3.  Fleksibiliti
  4.  Kekuatan Otot
  5.  Daya Tahan Otot

      Komposisi badan
  • Komposisi badan ialah peratusan relative lemak berbanding dengan otot, tulang, dan tisu-tisu yang membentuk tubuh. Komposisi badan dari aspek kesihatan merujuk kepada peratus berat badan yang terdiri daripada lemak berbanding dengan lemak bebas atau daging yang tidak berlemak. Individu yang cergas dikatakan mempunyai peartus kandungan lemak yang rendah berkadar dengan ketinggian dan berat badan. Individu yang mempunyai berat badan melebihi 10 hingga 20 peratus daripada had piawai mengikut umur, jantina, dan fizikal dianggap mengalamai lebihan berat badan atau obesiti. Individu yang mempunyai kandungan lemak dalam badan yang rendah juga dianggap berada pada tahap kesihatan yang membahayakan.
  • Berat badan seseorang indvidu itu tidak boleh menggambarkan tahap komposisi badan individu tersebut. Ini kerana individu tersebut berkemungkinan mempunyai peratusan berat tulang yang tinggi atau pun otot-otot yang pejal. Cara mudah untuk menganggar peratusan lemak dalam badan seseorang adalah dengan mengukur ketebalan lipatan kulit menggunakan angkup kaliper.
  •  
   Cadangan aktiviti untuk mengukur indeks jisim badan :

  1. Teknik menggunakan kaliper lipatan kulit.
  2.  Merekod perubahan komposisi badan.
  3.  Mengira indeks jisim badan (BMI)
               Indeks Jisim Badan = Berat badan (kg)
                                                       Tinggi(m)²
  •  Ujian ini membandingkan berat badan dengan tinggi individu Peralatan dan kemudahan : mesin penimbang dan pita pengukur. Pengkadaran berikut telah digunakan bagi Indeks Jisim Badan (Jequier, 1987) Carta Indeks Jisim Badan. 
  • Ujian ini mudah dijalankan, tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dan dapat dijalankan ke atas kumpulan peserta yang ramai. Kelemahannya, ujian ini tidak dapat mengukur kandungan lemak seseorang dengan tepat.


      Daya tahan kardiovaskular
  • Daya tahan kardiovaskular merupakan keupayaan jantung atau sistem kardiorespiratori untuk mengepam darah beroksigen (oksihemoglobin) dengan efisien ke seluruh anggota badan. Jantung yang efisien membolehkan seseorang individu itu untuk melakukan aktiviti yang dilakukannya secara berterusan dalam jangka masa yang lama dan pada kadar intensiti yang ringan atau sederhana tanpa berasa penat. 
  • Penghantaran darah yang kaya dengan oksigen membolehkan sel-sel otot mensintesis tenaga dengan lebih produktif. Kesannya, individu dapat tersebut mampu melakukan kerjanya untuk durasi masa yang lebih panjang. 
  • Individu yang mempunyai daya tahan kardiovaskular yang rendah selalunya akan cepat merasa letih dan lesu. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan daya taham kardiovaskular ini ialah lompat tali, berenang, berbasikal, senamrobik, dan larian jarak jauh atau pun jogging.
      Daya tahan kardiovaskular  dibahagikan kepada dua bahagian iaitu:-
      i)             Dayatahan aerobik
      ii)            Dayatahan anaerobik


      Daya tahan aerobik
  • Senaman yang mana tubuh berupaya membekalkan oksigen secukupnya untuk menampung keperluan tubuh dalam melaksanakan aktiviti pada jangkamasa yang panjang. Contoh senaman yang sesuai ialah :
-          Merentas desa
-          Jogging
-          Trekking

       Daya tahan anaerobik

  • Senaman yang memerlukan penggunaan bahan bakar tenaga tubuh yang tinggi. Jenis senaman ini hanya boleh dilakukan pada jangkamasa yang pendek (30 – 40 saat) tanpa rehat dan ia tidak bergantung kepada keupayaan tubuh untuk membekalkan oksigen. Contoh senaman yang sesuai :-
-          100 meter lari pecut
-          Rejam lembing
-          Lompat jauh

     Fleksibiliti
  • Fleksibiliti secara keseluruhannya bermaksud keupayaan otot, ligamen, dan tendon dalam membenarkan anggota-anggota badan bergerak bebas pada julat pergerakan yang maksimum. Fleksibiliti dapat dibina melalui regangan. Regangan otot perlu dilakukan semaksimum mungkin dalam masa 10 hingga 20 saat bagi setiap lakuan yang dilakukan. 
  • Antara lakuan-lakuan yang boleh meningkatkan tahap fleksibiliti seseorang itu termasuklah aktiviti sepeti jangkauan melunjur, regangan bahu, regangan pinggang, regangan otot-otot hamstring, dan kilas pinggang.
  • Pergerakan dalam aktiviti fleksibiliti sebenarnya bergantung kepada panjang otot, tendon, dan ligamen serta bentuk sendi yang terdapat pada bahagian anggota bahu tersebut. Sebagai contoh, seorang atlet gimnastik mempunyai tahap kelenturan atau fleksibiliti yang sangat tinggi.

      Kekuatan Otot
  • Individu yang cergas selalunya mempunyai otot yang kuat yang membolehkan individu tersebut melakukan aktiviti yang memerlukan kekuatan fizikal. Sebagai contoh, individu yang mempunyai kekuatan otot bisep, trisep, dan deltoid yang tinggi akan mempunyai daya balingan bola yang tinggi dan kencang dalam sukan bola baling.
  • Kekuatan otot yang dimaksudkan di sini merujuk kepada kemampuan otot, atau sekumpulan otot untuk mengatasi rintangan dengan penggunaan daya yang maksimum. Aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk meningkatkan kekuatan otot perlu dilakukan secara sistematik dan berterusan. Latihan kekuatan otot ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu bagi memastikan penyusutan otot tidak berlaku. Antara kebaikan melakukan latihan kekuatan otot ini ialah otot-otot yang terlibat akan membesar dan bertambah kuat. Selain itu, ia akan secara langsung dapat melambatkan tahap kelesuan otot.
  • Antara aktiviti yang wajar dilakukan untuk meningkatkan kekuatan otot ialah:
  1.  Bench press
  2.  Hamstring curl
  3.  Bangkit tubi silang (bersama beban) 
  4.   Hal squat

      Daya Tahan Otot
  • Seseorang yang mempunyai daya tahan otot yang tinggi akan mampu melakukan kerja secara berulang-ulang dan berterusan tanpa berasa letih atau lesu dalam jangka masa yang panjang. Sebagai contoh, aktiviti larian marathon.
  • Daya tahan otot berkait rapat dengan daya tahan kardiovaskular. Daya tahan otot dapat ditingkatkan melalui latihan bebanan, latihan litar, dan latihan jeda. Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk daya tahan otot ialah angkat tumit, tekan tubi, dekam lunjur, dan naik turun bangku yang menggunakan berat sendiri sebagai beban. Manakala aktiviti bisceps curl pula menggunakan alat beratan seperti dumb bell sebagai beban ketika melakukan latihan. Selain meningkatkan daya tahan otot, latihan-latihan ini juga dapat membantu pengaliran darah ke seluruh anggota badan disamping mengurangkan lemak dalam tisu otot. 
  • Antara aktiviti yang wajar dilakukan untuk meningkatkan daya tahan otot ialah:
  1.  Shoulder press
  2.  Hamstring curl
  3.  Genggam tangan
  4.  Bangkit tubi silang 
  5.  Half squat 
  6.  
     
  • Ikon Yang Mempunyai Kecergasan Dalam Semua Aspek Kesihatan




    APA ITU KECERGASAN?

    Pengenalan


    • Perkataan kecergasan atau 'fitness' berkait rapat dengan sukan. 
    • Kecergasan mempunyai makna yang pelbagai kepada orang ramai.
    • Jurulatih sukan seharusnya memahami konsep kecergasan kerana kecergasan adalah kunci kejayaan kepada atlet.
    • Kecergasan biasanya mempengaruhi kemahiran,keyakinan dan prestasi keseluruhan atlet.
    •  
          Konsep Kecergasan Menyeluruh
    • Menurut Haji Gapor (2007),kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan melakukan sesuatu dengan sempurna dan melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan sosiologikal. Kecergasan secara total boleh digambarkan sebagai keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta mampu memberikan sumbangan dan perkhidmatan terbaik. Kecergasan menyeluruh adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal, dan rohani. setiap satu saling bantu membantu. Jika satu terganggu maka yang lain akan terjejas dan prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan.
    • Berikut adalah aspek-aspek kecergasan :

    (a) Kecergasan Fizikal 
    Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan. 

    (b) Kecergasan Mental
    Kecergasan Mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan maklumat untuk meningkatkan kualiti kehidupan seharian dan berfungsi secara optimal.

    (c) Kecergasan Sosial
    Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat dengan hubungan ini.

    (d) Kecergasan Emosi
    Kecergasan emosi adalah keupayaan individu untuk menangani kehidupan seharian serta perasaan kendiri secara proaktif dan optimistik.

    (e) Kecergasan Rohani
    Keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.